Followers

Wednesday, April 9, 2014

PROGRAM YANG DITAWARKAN DI INSTITUT SAINS DAN TEKNOLOGI DARUL TAKZIM

DIPLOMA KEJURURAWATAN
SYARAT :
- Lulus SPM
- 5 kepujian termasuk (Matematik dan Sains, serta LULUS mata pelajaran Bahasa Melayu dan Bahasa
   Inggeris).
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai jururawat di mana-mana hospital atau klinik kerajaan mahupun swasta.


DIPLOMA PENGURUSAN & TEKNOLOGI PEJABAT- UiTM
SYARAT:
- Lulus SPM
- 5 kepujian termasuk ( Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan LULUS dalam Matematik)
- Tempoh pengajian: 2 1/2 tahun/ 5 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja di bahagian Pentadbiran, Personal Assistant(Pembantu Peribadi) (bahagian pejabat)di mana-mana syarikat  kerajaan mahupun swasta.

DIPLOMA PENGAJIAN SUKAN- UiTM
SYARAT:
- Lulus SPM
- 5 kepujian termasuk ( Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dan LULUS dalam Matematik)
- Tempoh pengajian: 2 1/2 tahun/ 5 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai Pembantu Pegawai Sukan, Jurulatih dan boleh bekerja di bawah Kementerian Belia dan Sukan berkaitan sukan bahagian kerajaan dan swasta.

DIPLOMA GRAFIK MEDIA DIGITAL
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Pendidikan Seni Visual (jika tidak ambik subjek ini, perlu lulus ujian Lukisan yang dikendalikan kolej).
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DISKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai Animator, PerekaWeb, Editor Gambar dan Video, Artis Grafik, Juruteknik Grafik.

DIPLOMA KESETIAUSAHAAN UNDANG-UNDANG
SYARAT:
-Lulus Spm
- 3 kepujian dan LULUS Bahasa Inggeris
- Tempoh pengajian 3 tahun/ 6 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja di bahagian pentadbiran di firma guaman, bahagian sumber manusia, bahagian insuran sama ada kerajaan mahupun swasta.

DILPOMA PENGAJIAN ISLAM
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Bahasa Arab atau subjek Pengajian Islam.
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai Perunding Pembangunan Manusia, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Pendakwah sama ada dalam bahagian kerajaan mahupun swasta.

DIPLOMA PENGURUSAN PELANCONGAN
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Bahasa Inggeris
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja di bahagian pelancongan sebagai Penolong Pegawai Pelancongan, Tour Guide, bekerja di Travel Agency ( Ticketing), Pakej, Tourism Malaysia.

DIPLOMA PENGURUSAN PERHOTELAN
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Bahasa Inggeris
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DESKRPSI KERJA:
- Bekerja di bahagian pengurusan hotel sebagai Penyambut Tetamu, Night Auditor, Sales And Marketing, Houskeeper, Pembantu Bahagian Makanan dan Minuman, Kerani Wang.

DIPLOMA TEKNOLOGI MAKLUMAT
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian termasuk Matematik atau LULUS Sijil Teknologi Maklumat
- 2 1/2 tahun / 5 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai IT Executive, Pereka Web, Pengajar, dan semua yang berkaitan Komputer dan Teknologi Maklumat

DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Bahasa Inggeris
- 2 1/2 tahun / 5 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja di bahagian pentadbiran, perbankan, pemasaran dan juga bahagian perakaunan.

DIPLOMA PERAKAUNAN
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Matematik
- 2 1/2 tahun / 5 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai Akauntan di bank atau mana-mana syarikat kerjaan atau swasta.

DIPLOMA PERBANKAN & KEWANGAN ISLAM
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS Matematik/ Prinsip Akaun
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja sebagai Akauntan di bank atau mana-mana syarikat kerjaan atau swasta.


DIPLOMA KESETIAUSAHAAN KESIHATAN
SYARAT:
- Lulus SPM
- 3 kepujian dan LULUS subjek sains atau mana-mana mata pelajaran sains tulen
- Tempoh pengajian: 3 tahun/ 6 semester
DESKRIPSI KERJA:
- Bekerja di bahagian pentadbiran hospital kerajaan mahupun swasta


Untuk dapat maklumat lanjut boleh terus hubungi saya Puan Zuraini di nombor (017-7350804) sms/whatsapp



 

Sunday, March 2, 2014

Taktik Si Burung Hantu

Assalamualaikum..
Topik yang saya nak kongsi pada hari ini agak penting dan perlu kita berhati-hati.  Banyak isu atau kes sekarang yang melibatkan rompakan dan sebagainya.  Apa masalahnya Si Burung Hantu ni, agak dah tiada kerja lagi ke?  Bukan tak cukup sifat malah kuat fizikalnya untuk bekerja seharian mencari rezeki, tetapi golongan ini lebih tertarik untuk menjadi Si Burung Hantu mencari makan hasil curian haramnya.Adakah sebab desakan ekonomi yang semakin hari memaksa mereka untuk mencari duit lebih bagi menampung kehidupan sehariannya, walhal hukum halal dan haram telah sedia maklum.  Kes terbaru yang berlaku di Dungun dan Petaling Jaya.  Kecurian berlaku kerana keprihatinan tuan rumah untuk menutup paip air yang terbuka di luar rumah tengah malam (12 malam).  Malang tak berbau, Si Burung Hantu ini telah bersiap siagakan dirinya tunggu diluar pintu untuk menerjah masuk ke rumah mangsa yang keluar menutup paip air.  Selain itu, ada juga yang menggunakan taktik mencuri kereta dengan cara menampal kertas di cermin belakang kereta untuk menghalang penglihatan pemandu, jadi bila penglihatan dia terhalang, pemandu akan keluar untuk membuang kertas tersebut tanpa menyedari enjin kereta dan pintu terbuka.  Akibatnya, kereta dicuri dan dilarikan. Jadi kena berhati-hatilah ye, untuk saya dan yang lain.

Thursday, February 27, 2014

Rukun Negara Jangan di Pandang Enteng




RUKUN NEGARA JANGAN DI PANDANG ENTENG
Oleh: Zuraini Binti Othman
28 Februari 2014

Kepesatan dalam era globalisasi yang menyaksikan perhambaan manusia terhadap teknologi dan kemajuan yang semakin terjoblos dalam lubuk hati memungkinkan setiap manusia di muka bumi ini alpa dan semakin mementingkan diri sendiri.  Kemajuan negara yang semakin pesat ini menjadi punca manusia sesama sendiri bersaing untuk mendapat kehidupan yang lebih baik.  Dalam kita memperjudikan diri untuk mencapai segala kemewahan duniawi, pelbagai masalah lain wujud yang mana kita sendiri tidak menyedarinya.    Kebiadaban manusia kini yang sudah tidak segan-silu merperlihatkan kebodohannya dalam pelbagai saluran media massa dan sosial yang menjadi ketagihan manusia dan rutin hariannya itu telah membawa kepincangan dalam hidup mereka.  Pelbagai isu yang melibatkan masalah sosial, kes buli siber , pergaduhan, pemberontakan, rompakan, pembunuhan, kes rogol, ajaran sesat dan bermacam lagi masalah kebiadaban manusia ini semakin berleluasa dan menjadi mainan  rutin harian mereka.  Di manakah salahnya?  Jangan hanya pandai menuding jari menyalahkan sana dan sini walhal dari akar umbinya adalah dari susuk tubuh diri itu sendiri yang menjadi punca.  Malah negara kita Malaysia mendukung cita-cita hendak mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya, memelihara satu cara hidup demokratik, mencipta satu masyarakat adil di mana kemakmuran negara akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama, menjamin satu cara liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai corak, dan membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden. Tetapi persoalannya, mampukah Malaysia mencapai cita-cita itu tetapi segala kebiadapan manusia ini semakin menjadi-jadi.  Akar umbinya adalah dari dalam diri yang tidak memahami entiti Rukun Negara itu sendiri.  Kita harus berbangga kerana negara kita dulu membangun selari dengan kemahuan Rukun Negara tetapi mengapa Rukun Negara tersebut di pandang enteng dan sekadar menjadi tatapan usang dalam buku sekolah lama?  Bagi setiap rakyat Malaysia, pastinya pernah melafazkan Rukun Negara sewaktu berada di sekolah satu ketika dahulu dan bagi mereka yang masih bersekolah, pastinya rutin itu masih diteruskan sehingga sekarang. Doktrin itu telah pun disemai sejak alam persekolahan lagi, namun sejauh mana doktrin itu telah meresap dalam tubuh kita dan mengalir bersama darah dalam tubuh kita ?  Benar, kita selalu melafazkannya sejak di bangku sekolah lagi, tetapi adakah kita memahami isinya dan kehendak Rukun Negara itu?  Adakah kita mengetahui akan sejarah mengapa Rukun Negara diwujudkan ? Adakah kita sekadar melafazkannya kerana patuh arahan guru sewaktu perhimpunan, ataupun sekadar berdiri kaku mengangkat tangan dalam keadaan letih dan penat sepanjang masa berdiri, berhimpun tetapi kosong dalam diri!  Bagaimana pula semasa alam pekerjaan? Adakah masih kita mempraktikkan doktrin tersebut.  Percatuan corak kehidupan bergantung kepada manusia yang menciptanya bukan robot yang tidak tahu apa dan sekadar membabi buta melakukan amalan harian yang tiada makna.  Persoalannya, adakah kita mahu belajar dari sejarah untuk melangkah ke hadapan ?  Prinsip Rukun Negara dihasilkan setelah melihat pepecahan yang berlaku angkara tragedi 13 Mei 1969. Tragedi hitam itu turut melanda beberapa lokasi di Kuala Lumpur. Kita harus melihat sejarah walau sepahit mana pun sejarah itu sebagai penawar untuk langkah-langkah kita yang akan datang.  jika kita tidak memahaminya Rukun Negara tersebut, kesannnya kita sudah nampak bukan? Tepuk dada tanya iman, renung-renungkanlah dan selamat beramal.